Chery menanti Zii Jia dan pasangan beregu lelaki Malaysia

Chery menanti Zii Jia dan pasangan beregu lelaki Malaysia

Lee Zii Jia dan pasangan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menerima kereta mewah tajaan Chery Malaysia.

Chery Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, ketiga-tiga pemain badminton itu akan menerima kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestij itu.

Pada masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro.

Zii Jia menumpaskan pemain India, Lakshya Sen malam tadi manakala Aaron dan Wooi Yik menang ke atas pasangan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen dan Kim Astrup sehari sebelum itu. K Online

Chery menanti Zii Jia dan pasangan beregu lelaki Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker