20 kali ditangkap polis, masih tak serik

20 kali ditangkap polis, masih tak serik

Kuala Lumpur: Seorang lelaki dengan 20 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah sekali ditahan polis selepas memecah sebuah kedai serbaneka di Sri Petaling di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, kejadian disedari kira-kira jam 8 pagi oleh seorang pekerja wanita yang mendapati pintu jeriji di bahagian belakang kedai itu dirosakkan dan ruang dalam kedai berselerak.



Ekoran itu katanya, pekerja wanita berusia 29 tahun itu membuat satu laporan polis pada jam 1.22 petang hari sama .

“Berpandukan analisa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields berjaya mengesan kedudukan suspek.

“Pasukan polis kemudian menyerbu sebuah bilik di Jalan Radin Anum 2, Seri Petaling dan menahan suspek kira-kira jam 6.25 petang semalam,” katanya.

Menurut Basri, polis turut merampas pakaian yang dipakai dan peralatan yang digunakan lelaki itu ketika memecah masuk kedai serbaneka berkenaan.



“Semakan mendapati suspek berusia 38 tahun mempunyai 20 rekod jenayah antaranya mencederakan orang, pecah rumah, curi, ragut dan curi dalam bangunan.

“Suspek direman tiga hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(4) dan Seksyen 17 Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

20 kali ditangkap polis, masih tak serik




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker