Majlis kahwin Mila kembali rancak

Majlis kahwin Mila kembali rancak

Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19 hingga menjejaskan perniagaan dan survival pekerja perkhidmatan majlis perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Centre kini boleh menarik nafas lega.

Pemiliknya, Mila Jirin berkata, syarikat kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya yang turut terkesan dengan tempias wabak maut berkenaan.

Kata Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, dia mensasarkan untuk terus menambah jumlah dewan kahwin dari semasa ke semasa.

“Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin di sekitar Selangor dan Johor Bahru. Tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi jumlahnya termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru menjadikan jumlahnya kelak 12.

“Insya-Allah menjelang tengah tahun ini kami jangka akan tambah lagi dua dewan kahwin menjadikannya 14. Semoga dipermudahkan dan Allah izin kami uruskan majlis kahwin anda,” katanya.

Pemilik nama sebenar Nursyamila Jirin berkata, syarikatnya rancak menawarkan pakej perkahwinan termasuk Dewan Bizmilla bermula dari harga serendah RM9,900.

“Harga RM9,900 itu dibuka untuk minima 100 orang tetamu atau jemputan bagi lokasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru sahaja.

“Kalau berminat boleh terus mesej ke Instagram @bizmilla_wedding_centre atau layari www.bizmillacatering.com,” katanya yang memberitahu syarikatnya kini telah menguruskan hampir 7,000 majlis kahwin bermula dari tahun 2013.

Terdahulu, Mila yang juga bekas penyanyi turut menghadiahkan majlis resepsi untuk sahabat baiknya yang juga penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Majlis yang berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit itu turut tular dan diperkatakan ramai dalam media sosial.

Bagi Mila, dia percaya nilai hadiah majlis itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan usia persahabatan mereka yang sudah mencecah 15 tahun. K Online

Majlis kahwin Mila kembali rancak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker