Polis selamatkan lelaki warga asing diculik

Polis selamatkan lelaki warga asing diculik

Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga asing yang diculik sekumpulan individu di Jalan Sentul Indah, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya berjaya menemui mangsa berusia 45 tahun yang disembunyikan di dalam sebuah bangunan berhampiran dengan rumah kongsi di Seri Kembangan, Ahad lalu.



“Mangsa ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya diikat dengan rantai besi.

“Punca kejadian adalah mangsa didakwa berhutang dengan suspek sebanyak RM25,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beh berkata suspek meminta wang tebusan sebanyak RM40,000 daripada keluarga mangsa untuk membebaskan mangsa, namun wang itu belum dibayar.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes ini pada jam 12.04 tengah malam, Ahad lalu.



“Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah berjaya memberkas dua lelaki warga asing berusia 34 dan 43 tahun di sebuah rumah kongsi pada jam 12.15 tengah hari, hari sama.

“Susulan daripada tangkapan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya menemui mangsa berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, seramai seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan ditahan secara lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang pada jam 7 hingga 9.15 malam, Isnin lalu.

“Beberapa barang kes yang berkaitan turut dirampas untuk membantu siasatan, antaranya adalah sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk melarikan mangsa, enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua batang anak kunci, kad bank dan pakaian yang digunakan oleh suspek ketika kejadian,” katanya.



Beh berkata, dua suspek utama yang adalah warga asing sudah ditahan reman selama 14 hari sehingga 24 Oktober, sementara tiga suspek warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang,” katanya. HM

Polis selamatkan lelaki warga asing diculik


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal



PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker