Anwar akan umum pelaburan penting minggu ini

Anwar akan umum pelaburan penting minggu ini

PHNOM PENH: Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Khamis atau Jumaat ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat sempena lawatan rasmi beliau ke China yang bermula 29 Mac hingga 1 April ini.

“Ini sahaja yang boleh jamin tentang nasib rakyat, pendidikan, kesihatan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kemboja di Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh.

Anwar tiba di sini pagi tadi sempena lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja.

Beliau berkata kerajaan bawah pentadbirannya akan memastikan ekonomi negara terus berkembang dan Malaysia mampu menjadi tarikan baharu bagi pelaburan.

Katanya, untuk itu semua aspek berkaitan termasuk prasarana, infrastruktur atau insentif perlu terus diperkasa selain memberi tumpuan terhadap aspek pendigitalan.

“Bila ada perubahan, maka ia boleh menarik pelaburan asing. Sebagai contoh Amazon yang mahu melabur di Malaysia walaupun ada negara lain yang menawarkan insentif menarik kepada mereka dan bila ia datang ke sini, ia akan menarik syarikat lain untuk datang,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih telus dan fokus, bukannya menjadi saingan kepada sektor swasta.

“Kalau ada projek baik sektor swasta atau GLC tak patut compete (bersaing). Tapi mungkin kena bandingkan juga jika ada kelemahan,” katanya ketika menjawab soalan daripada seorang tetamu mengenai pandangan terhadap GLC Malaysia yang selalu dipandang sebagai gergasi jika dibandingkan dengan perniagaan lain. FMT

Anwar akan umum pelaburan penting minggu ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker