Hujan duit, sami Buddha baling duit hampir RM20 ribu dari langit

Seorang sami Buddha, Phra Khru Phot Suwannarat aka Luang Phor Kaen (kanan) membaling wang dari ‘pentas’ yang diangkut dengan kren di wilayah Surin pada Selasa lalu. – Foto Thaiger

BANGKOK – Seorang sami Buddha naik ke udara dengan bantuan sebuah kren dan melontar wang tunai 150,000 baht (RM19,421) kepada tetamu majlis hari ulang tahun kelahirannya di sebuah kuil di wilayah Surin, timur laut Thailand pada Selasa lalu, lapor portal berita Thaiger.

Bagi meraikan hari lahirnya yang ke-46 dan tahun ke-24 sebagai sami, Phra Khru Phot Suwannarat menggunakan sebuah kren yang disewa untuk mengangkatnya.

Sami sebenarnya dilarang menerima atau memiliki wang. Ini kerana menurut ajaran Theravada di Thailand, kekayaan peribadi merupakan penghalang untuk menuju nirwana,

Namun, ramai sami tidak mematuhi peraturan itu, demikian menurut tinjauan oleh Pusat Pengajian Buddhisme Universiti Chulalongkorn.



Dalam tinjauan itu, ramai sami menyatakan bahawa mereka mengumpulkan wang dan ada yang menggunakan kad debit serta kredit.

Bagaimanapun, sami yang melemparkan wang itu memulangkan semula sebahagian kekayaannya kepada masyarakat.

Dia juga ialah seorang sami popular dan mempunyai 19,000 pengikut di akaun Facebooknya selain terkenal dengan sumbangan amalnya dan mahir berbahasa Khmer. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)



Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker