Duit cikgu RM268,000 habis dikebas pegawai penyiasat

JOHOR BAHRU – Angkara ‘phone scam’, seorang guru wanita berputih mata apabila wang dalam akaun miliknya lenyap, hanya RM140 sahaja ditinggalkan ‘pegawai penyiasat’.

Lebih malang, mangsa berusia 51 tahun itu terpaksa membuat pinjaman sebanyak RM250,000 bagi membayar wang jaminan setelah diperdayakan terlibat kes penggubalan wang haram dan dadah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, mangsa menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan ketika menghubungi bank untuk menyemak baki di dalam akaun, semalam.

“Mangsa ditipu oleh pemanggil yang menyamar sebagai pegawai insurans mendakwa pengadu ada membuat tuntutan perubatan sejumlah RM68,800, Februari lalu. Pengadu telah menafikan perkara tersebut dan ingin membuat laporan polis.

“Semasa panggilan tersebut, pengadu (konon) disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis dan bercakap dengan penolong pegawai penyiasat untuk membuat laporan polis.

“Pengadu kemudian disambungkan panggilan kepada pegawai penyiasat dan pegawai tersebut mengatakan pengadu mempunyai kes berkaitan penggubalan wang haram dan dadah serta perlu membuat rayuan kepada pendakwa raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, pengadu dikehendaki memberikan maklumat akaun serta kawalan akses terhadap akaun tersebut dan pengadu turat diarah memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya.

“Pengadu diberikan ikat jamin oleh pegawai penyiasat kes namun perlu membayar wang berjumlah RM268,000. Pengadu telah membuat pinjaman sebanyak RM250,000 untuk menambah jumlah wang jaminan tersebut.,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker