Covid-19: 15941 kes baharu, 33 kematian

Covid-19: 15941 kes baharu, 33 kematian

Sebanyak 15,941 kes baru Covid-19 harian dilaporkan Kementerian Kesihatan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,183,359.

Kes aktif kini berjumlah 206,592, turun 30.3 peratus berbanding 14 hari lalu.



Kes baru mengikut negeri seperti berikut:

Selangor (7,748)

Kuala Lumpur (1,411)

Sarawak (974)



Kedah (827)

Perak (783)

Johor (778)

Negeri Sembilan (765)



Pulau Pinang (684)

Pahang (487)

Terengganu (383)

Melaka (331)



Sabah (313)

Kelantan (297)

Putrajaya (66)

Labuan (61)



Perlis (33)

Sementara itu, 33 lagi kematian dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 11 daripadanya diisytiharkan sebagai ‘meninggal dunia di luar hospital’.

Sepanjang minggu lalu, purata 48.4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 73 kes, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menurun.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, seramai 34,939 maut dikaitkan dengan Covid-19.



Terdapat 2,191 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 770 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,056 kematian bagi setiap satu juta penduduk dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Negeri dengan kematian tertinggi ialah Johor (6) dan Kedah (6) diikuti Perak (4), Kuala Lumpur (4), Pahang (3), Sarawak (3), Pulau Pinang (2), Selangor (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1) dan Sabah (1). Mk

Covid-19: 15941 kes baharu, 33 kematian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker