Ismail Sabri seru perwakilan nyatakan hasrat akar umbi di PAU 2021

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengajak perwakilan yang akan menyertai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 bermula hari ini hingga Sabtu menjadikan persidangan itu sebagai pentas untuk menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti.

Ismail yang juga naib presiden Umno dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara.

“Semoga Allah SWT merahmati setiap bibit perjuangan parti keramat Umno dan mengangkat darjat kebesaran maruah bangsa dan negara. Umno, sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya yang juga ketua Umno Bahagian Bera.



Perhimpunan itu yang akan berlangsung secara bersemuka itu dijangka dihadiri seramai 5,571 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.

Pada Disember lalu, Umno membuat keputusan untuk menangguhkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung dari 13 hingga 15 Jan lalu.

Penangguhan itu adalah susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan Umno akar umbi diminta membantu mangsa.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor



Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker