Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan dia– Najib

“Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri kot.”

Itu reaksi balas Datuk Seri Najib Razak terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pekan.

Dalam reaksi seterusnya, Najib berkata: “Nanti tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba tumbang tanpa apa-apa sebab.”

Dr Mahathir dalam sidang media bersama Tengku Razaleigh Hamzah di ibu negara petang tadi berkata, beliau telah dijemput menjadi perdana menteri sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik ke jawatan tersebut lagi.

“Saya kata kepada mereka satu kerajaan yang bergantung kepada Datuk Seri Najib untuk jadi kerajaan bukanlah satu benda yang saya boleh terima. Tapi Muhyiddin kata dia boleh terima. Dia ambil lah,” katanya. MG

Berikut dari FB Najib Razak

Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri kot.

Nanti tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba tumbang tanpa apa-apa sebab.

Untuk rekod Mahathir mengadakan sidang media semalam bersama Ku Li bagi mendapatkan sokongan ahli parlimen bagi melantiknya semula sebagai Perdana Menteri dengan menolak undi Belanjawan hari ini.

https://mykmu.net/2017/09/03/jangan-kata-pas-anwar-pernah-bincang-kerjasama-dengan-najib-pun/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker