Mufti Pulau Pinang saran ketatkan lagi syarat tauliah mengajar agama

Pihak berkuasa agama di peringkat pusat dan negeri perlu memperketatkan syarat-syarat pentauliahan mengajar agama bagi membersihkan medan dakwah daripada elemen-elemen negatif.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, selain itu pihak berkuasa agama juga perlu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka yang sudah mendapat tauliah untuk berdakwah.

“Memang mendukacitakan apabila kita mendapati medan dakwah di negara pada masa ini dimasuki oleh pelbagai jenis dan ragam manusia, malah sesetengah mereka tiada kelayakan daripada sudut ilmu dan uslub berdakwah.



“Untuk membersihkan medan dakwah daripada elemen-elemen negatif ini maka pihak berkuasa agama baik di peringkat persekutuan dan negeri perlulah memperketat syarat-syarat pentauliahan mengajar agama dan dakwah di samping memantau aktiviti yang dijalankan oleh mereka yang sudah ditauliahkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan di media sosial membabitkan hukum agama.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini telah menasihatkan pasangan tersebut agar menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Menurut Wan Salim, mana-mana individu yang didapati menyampaikan kuliah atau ajaran yang mengelirukan, menghasut masyarakat kepada perpecahan atau mendorong kepada kebencian dan sebagainya, wajar dihalang daripada berceramah atau mengajar kepada khalayak melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada.



“Sudah sampai masanya pihak kerajaan bertegas dalam aspek ini demi membersihkan medan dakwah Islamiah daripada ‘sampah sarap’ yang mencemarinya.

“Ini juga bertujuan memelihara imej agama Islam sebagai pembawa misi rahmat untuk semesta alam,” katanya.

Tambahnya, seperti di dalam bidang-bidang lain, hanya mereka yang berkelayakan sahaja yang boleh bercakap tentangnya.

“Contohnya, hanya ahli ekonomi yang berhak bercakap dan memberi pandangan tentang hal ehwal ekonomi. Hanya pakar perubatan sajaja yang berhak merawat pesakit dan hanya jurutera binaan sahaja yang berhak menyelia sebuah bangunan, begitulah seterusnya.



“Kenapa dalam lapangan dakwah, kita boleh membenarkan mereka yang tiada kelayakan memasukinya?. Lantaran itu pihak-pihak berkuasa perlu menyaring secara teliti setiap individu yang melibatkan diri di dalam bidang dakwah,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker