Richard Riot masih ahli SUPP, tidak sertai PKR

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem masih ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Perkara itu disahkan Ketua Pemuda SUPP Micheal Tiang Ming Tee ketika dihubungi Astro AWANI bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

Katanya ia merupakan maklumat palsu yang disiarkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kepentingan politik.

“Saya agak terkejut sebaik sahaja mendapat tahu tentang berita tersebut pada hari ini (Sabtu).



“Malah Datuk Seri Richard Riot ada berhubung dengan pemimpin SUPP menerusi WhatsApp kumpulan bagi menjelaskan perkara itu.

“Kata beliau (Richard Riot) mengatakan saya menyertai PKR adalah tidak betul,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Micheal Tiang sebelum ini Riot pernah dihubungi oleh seorang ahli parlimen PKR bagi mendapatkan sokongan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Baharu.

“Pada 9 Februari lalu Richard dapat panggilan daripada YB Micheal Teo dari PKR bertanyakan adakah beliau mahu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri, malah panggilan itu turut diserahkan kepada Anwar Ibrahim bagi mendapatkan pengesahan sokongan.



“Riot sememangnya ada berkomunikasi dengan Anwar Ibrahim namun tidak pernah menyertai PKR,” jelas Michael.

Tindakan itu tegasnya telah mencemarkan nama baik Riot yang sebagai Timbalan Presiden SUPP.

Malah turut mencalarkan nama maruah SUPP sendiri.

Awani



Related Articles

One Comment

  1. Satu tanda positif kerajaan Perikatan Nasional akan kokoh memerintah sehingga habis penggal. Percayalah, selepas Richard, akan berduyun2 Wakil Rakyat akan membuat perakuan mereka menyokong TS Mahyuddin. The Winner is always right. Janganlah kita sibuk bercakap tentang integriti, keikhlasan perjuangan, prinsip dll kerana itu semua “bullshit”. Cuma mereka yang semasa berkuasa dulu terlalu menunjuk2 dan sombong bodoh akan terasa malu2 kucing nak melompat kerana kemungkinan besar akan ditolak mentah2 oleh kepimpinan Perikatan Nasional. Jadi Tukang2 Tilek tak usah buang masa buat andaian kerajaan PN ini akan tumbang.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker