DUN Terengganu cipta sejarah, bersidang tanpa pembangkang

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula di sini hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.

Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lalu.

Tirai sesi persidangan DUN Terengganu berlangsung dengan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama DUN ke-15 yang menyaksikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan istiadat itu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker DUN Terengganu Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker Khazan Che Mat.

Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lalu, gabungan PAS dan BERSATU buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan.

Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam DUN bagi penggal kali ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker