Penyokong Kedah dan P Pinang bergaduh selepas perlawanan bolasepak

Penyokong Kedah dan P Pinang bergaduh selepas perlawanan bolasepak

GEORGETOWN: Perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berakhir di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi dicemari dengan insiden pergaduhan.

Pergaduhan itu dipercayai membabitkan kumpulan penyokong dua negeri terbabit, berlaku selepas perlawanan berakhir.



Kejadian dipercayai di perkarangan sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari stadium.

Berdasarkan satu video tular berdurasi 1 minit 42 saat itu, penyokong kedua-dua pihak itu dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi.

Pergaduhan dipercayai tercetus sebelum masing-masing bertindak membaling objek dipercayai botol minuman.

Bagaimanapun keadaan menjadi tenang selepas pihak polis hadir di lokasi kejadian.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan. BH

Penyokong Kedah dan P Pinang bergaduh selepas perlawanan bolasepak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker