Bekas MB Selangor nafi sudah meninggal dunia



Sebaran :


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dirinya sudah meninggal dunia seperti didakwa sejak Subuh tadi.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd itu memaklumkan dirinya masih dikurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa.

Abdul Khalid memuat naik hantaran itu menerusi akaun Facebooknya pagi tadi setelah keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya, beliau sudah meninggal dunia.



“Seawal subuh keluarga dan pegawai banyak menerima mesej bahawa saya telah kembali ke rahmatullah.

“Syukur Alhamdulillah saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa.

“Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan terus mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.



Untuk rekod, Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 2014 dan tempatnya sebagai Menteri Besar Selangor diganti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa , Mohamed Azmin Ali berkuatkuasa 23 September 2014.

Dalam hantaran yang sama, Abdul Khalid dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga individu bernama Khalid Ibrahim yang dikatakan meninggal dunia itu. MD

Saman RM13.5 bilion Puncak Niaga terhadap bekas menteri besar, kerajaan Selangor dibicara


Sebaran :


Leave a Reply