Rakyat risau Covid, dia pula asyik Najib, Najib, Najib…

Sebaran :


CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana terus menerus bercakap soal beliau walaupun negara kini berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rakyat kini bimbang dengan pelaksanaan PKP 3.0 yang tiga suku masak, marah kerana tidak dapat balik berhari raya, dan risau dengan keadaan Covid-19 yang hampir mencecah 5,000 kes hari ini.

Sebaliknya, katanya, Mahathir terus menerus bercakap soal politik termasuk tentang soal tidak mahu kembali ke pangkuan UMNO kerana menuduh parti itu telah dirosakkan oleh Najib.



“Rakyat bimbang PKP 3.0, marah tak boleh balik raya, risau dengan keadaan Covid, bingung kenapa dinafi bayaran BPR, naik darah sebab aset-aset negara terus dijual dan bimbang sebab duit i-Sinar, i-lestari dan moratorium dah nak habis.

“Dia ini pula… Najib, Najib dan Najib. ‘I cannot forgive Najib’. ‘Saya tak kembali ke UMNO sebab Najib rosakkan’ diberitahu dia semalam pula,” kata Najib menersui Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri Keenam itu berkata, Mahathir mungkin tidak berpuas hati kerana beliau memberikan ‘formula’ kepada anaknya, Mukhriz yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa Najib menjadi punca keadaan Covid-19 menjadi teruk.



“Oh! Tun M dah baca formula yang saya beri pada anakmu haritu tak?

“Bukan apa. Risau anakmu tak faham. Mungkin Tun M akan faham dan boleh beri sedikit komen. Harap jawab juga soalan saya kenapa Najib dah turun 3 tahun tapi ringgit tak pernah naik,” katanya.

Najib turut mempersoalkan kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Perjuang Tanah Air itu seolah-olah beliau memang mahu kembali ke pangkuan UMNO.



“Apa? Parti PETAI tak bagus ke? Kenapa nak masuk balik UMNO?” soal beliau. Edisi 9

Politik ‘serba salah’ ala Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply