Roket China terhempas di Lautan Hindi



Sebaran :


BEIJING: Roket keluaran negara China yang berada “di luar kawalan” dilapor telah jatuh di Lautan Hindi.

Lokasi terhempas difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka, kata jurucakap negara China.

Sementara itu, Space-Track melalui akaun Twitternya mengesahkan perkara itu.



“@18SPCS mengesahkan CZ-5B (#LongMarch5B) (48275 / 2021-035B) masuk semula ke atmosfera pada 9 Mei di 0214Z dan terhempas ke Lautan Hindi di utara Maldives di latitud 22.2, longitud 50.0.

Roket Long March 5B, yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang pada 29 April lalu, ditugaskan untuk membawa modul pertama stesen angkasa masa depan China “Tianhe” ke orbit.

Ia kembali memasuki atmosfera pada jam 3.24 pagi waktu Britain, dengan sebahagian besar komponennya musnah ketika itu, lapor media China.



Terdahulu, agensi angkasa The Aerospace Corporation meramalkan roket Long March 5B, yang berketinggian sekitar 30 meter dengan berat 20 tan akan memasuki atmosfera bumi pada 9 Mei, jam 4.19 pagi waktu UTC (12.19 waktu Malaysia).

Beberapa lokasi disebut-sebut sebagai tempat ia dijangka terhempas.

Antaranya di tenggara AS, Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, Peru, Equador, Colombia, Venezuela, sebahagian Eropah Selatan, sebahagian besar Afrika Utara dan Tengah, Asia Barat, India Selatan dan Australia. Awani



Roket China seberat 31 tan dijangka terhempas ke Bumi


Sebaran :


Leave a Reply