Jangan bandingkan suami dengan lelaki lain – Ustazah Asma

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, hari ini ‘menggesa’ supaya setiap isteri tidak membandingkan suami dengan lelaki lain yang dilihat hebat di media sosial.

Jelasnya, tindakan itu boleh menjadikan diri sebagai isteri yang tidak bersyukur dan sentiasa mencari kekurangan suami sendiri.

“Jangan kerana beberapa lelaki di media sosial yang dilihat hebat, kaya, romantik, penyayang, rajin dan dilihat sempurna itu menjadikan kita isteri yang tidak bersyukur dan makin banyak dihitung kekurangan suami.

“Sayangi dan hargai suami sendiri,” tulisnya di Facebook.

Baru-baru ini tular di media sosial kisah personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad, yang membuat kejutan romantis sempena ulang tahun isterinya.

Hafiz yang terkenal dengan sifat romantik dan sentiasa membuat kejutan untuk isterinya itu bertindak menyewa sebuah pawagam khas untuk sambutan tersebut.

Tindakannya itu menjadi topik hangat dan ‘diulas’ oleh kebanyakan pengguna media sosial.

Malah, perkara itu turut membuatkan ramai wanita mula membanding-bandingkan suami sendiri dengan kriteria idaman yang dimiliki Hafiz sebagai teman hidup

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker