Keluar wang Akaun 1 KWSP untuk rakyat dalam kesulitan sahaja · MYKMU.NET

Keluar wang Akaun 1 KWSP untuk rakyat dalam kesulitan sahaja

Share

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjan (KWSP), akan disasarkan untuk mereka yang dalam kesulitan sahaja.

Muhyiddin tidak menggariskan syarat-syarat untuk memenuhi syarat pengeluaran RM500 sebulan, tetapi memberi gambaran melalui kemungkinan satu senario.

“Mungkin kedua-dua suami isteri dah tiada kerja. Walaupun ada simpanan, simpanan dah habis untuk anak-anak.

“Jadi dalam kes sebegini lah kita benarkan,” katanya pada wawancara di Astro Awani malam ini.

Rasional Pengeluaran KWSP: Pendedahan Hujah dan Jawapan Saya Kepada Menteri Kewangan

Sementara itu perdana menteri juga menolak kritikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Belanjawan 2021 tidak memiliki langkah-langkah untuk merangsang ekonomi.

Bagaimanapun, jelas Muhyiddin, pandangan Anwar itu bukan masalah kerana kerajaan terbuka mendengar sebarang maklum balas.

Kerajaan semalam mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Wajar atau tidak pengeluaran caruman Akaun 1 KWSP dibenarkan?

Katanya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.

Selain itu, Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.

“Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

“KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

“Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai 11.6 bilion ringgit,” katanya.

2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib

Leave a Reply