Netizen Naik Angin, Foto Tak Bertudung Neelofa Dimuatnaik Pelawak

Rata-rata memberi respon yang positif dan sambut baik penghirahan dari Neelofa. Namun baru-baru ini, seorang pelawak tempatan, bernama Kc Nazari, dilihat seperti tak hormati perubahan yang dibuat Neelofa.

Mana tak nya, Kc Nazari telah upload sekeping foto menunjukkan Neelofa di zaman awal kemunculannya yang tak menutup aurat.

Caption yang ditulis ialah how it’s started merujuk gambar lama Neelofa itu dan how it’s going, merujuk gambar terkini Neelofa yang sudah pun memakai niqab.

Ternyata hal seperti ini membuatkan netizen naik angin dan melabel apa yang dimuatnaik oleh Kc Nazari itu langsung tak patut dan tak sesuai. Apatah lagi memuatnaik gambar Neelofa yang lama dan tak memakai tudung.

Ramai tampil meminta Kc Nazari untuk delete gambar berkenaan, dan memohon maaf kepada pelakon dan pengacara berkenaan.

Sudah lebih seminggu di muatnaik, tiada respon balas dari Kc Nazri dan gambar itu masih lagi ada di tayangkan.

Netizen berpakat beramai-ramai agar semua orang untuk report sahaja akaun milik Kc Nazari itu. Malah ada yang menyarankan agar Neelofa saman sahaja pelawak berkenaan.

Kemudian, ada juga netizen yang cuba mengkaji mentality Kc Nazari ini, dan mendapati bahawa pelawak ini memang pernah buat lawak yang tak sensitive.

Antaranya ialah lawak berkaitan kapal terbang MH370 sebelum ini, yang mana katanya, dia sedih tentang kisah MH370 itu, tetapi bukan sebab hilang, tetapi sebab kekasihnya tak naik kapal terbang berkenaan.

Untuk info Kc Nazari pernah menyertai rancangan reality Lawak Solo terbitan Astro sebelum ini. Lawak Solo dimenangi oleh Danial, tempat kedua Mad Sabah dan tempat ketiga Fikry Ibrahim.

Kredit: Budiey

‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’ [Video]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker