KAF jawap isu ‘Sedekah Paksa’ yang tular di Media Sosial

Share

NGO FELDA JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA RELA’

FELDA

 

Isu sepucuk surat yang tular di media sosial berkenaan program sedekah dijawap oleh NGO Kami Anak Felda (KAF) menerusi hantaran facebook Ketua Penerangan KAF hari ini.

Artikel Berkaitan – SEDEKAH PAKSA RELA?

Pengerusi FELDA

Pengerusi Felda, Dato Seri Idris Jusoh turut menjelaskan perkara tersebut dalam sebuah akhbar bagi menjelaskan sedekah yang dimaksudkan bukan diwajibkan. – https://www.nst.com.my/news/nation/2020/10/636786/sedekah-never-compulsory-says-felda-chief-viral-letter

Agak musykil mengapa pihak FELDA boleh terlepas pandang dan menunggu sehinggalah ditularkan dalam media sosial. Tidak sepatutnya dalam surat tersebut dicatitkan “kewajipan” kepada semua peneroka Sg Tekam Utara untuk bersedekah dan jumlah pula ditetapkan, malah ada komen sinis menyatakan arahan seperti itu seperti memaksa peneroka Felda membayar yuran dan bukan lagi sebagai sedekah.

Kami Anak Felda, Felda

PENJELASAN KETUA PENERANGAN KAF –

PERKARA : PERIHAL CADANGAN 112,638 KELUARGA PENEROKA FELDA MEMBUAT SEDEKAH DAN INFAQ SEBAHAGIAN PENDAPATAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI MASING-MASING DEMI KEBERKATAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Terlebih dahulu didoakan semoga semua dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

1. Semua sedia maklum bahawa YB Pengerusi FELDA yang baru iaitu Dato seri Idris Jusoh telah memberikan satu cadangan dan inisiatif yang sangat mengejutkan tetapi sangat bermakna, dan saya percaya cadangan ini sungguh menyentak perasaan pelbagai lapisan komuniti dalam FELDA. Cadangan supaya 112,638 keluarga peneroka menginfaqkan atau menyedekahkan sebahagian harta dan pendapatan mereka kepada Majlis Agama Islam Negeri masing2 . Cadangan ini meliputi semua peneroka di 11 wilayah FELDA seluruh negara. YB Pengerusi FELDA juga dalam Cadangan nya ini mengesyorkan bagi setiap keluarga keluarga peneroka untuk menyedekahkan sejumlah RM300. Dan apabila berjaya di realisasikan bermakna FELDA akan berjaya menyumbang sejumlah RM33,791.400.00, satu jumlah yang sangat besar dan mampu dimanfaatkan kepada banyak keperluan bagi mereka yang memerlukan. Walaupun cadangan ini telah menimbulkan reaksi yang pelbagai , namun pada saya ianya adalah satu keperluan dan sudah tiba masanya untuk warga FELDA menyumbang, setelah hampir 50 tahun kita berjaya mencapai kedudukan kini yang jauh lebih baik. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada YB Pengerusi FELDA atas idea yang sangat baik dan tidak pernah terfikirkan sebelum ini. Dan sesungguhnya mengajak kepada kebaikan itu satu tuntutan dalam agama.

2. Sejak hampir 50 tahun FELDA ditubuhkan, pelbagai kesulitan dan kesenangan telah ditempuhi warga FELDA. Walaupun pelbagai Isu melanda FELDA terutamanya kini, namun secara keseluruhannya FELDA telah berjaya dalam matlamat penubuhannya iaitu mengubah satu kelompok manusia yang susah dan tidak bertanah, kini menjadi komuniti yang lebih baik dan bertanah, malah tidak keterlaluan saya katakan, komuniti FELDA kini adalah komuniti contoh terbaik yang berada di luar bandar. Dari 112,638 peneroka pada awal penubuhannya, saya yakin barangkali yang masih ada pada hari ini hanyalah 40 peratus bilangannya, yang mana sebahagian besarnya pula sudah hilang upaya untuk menjadi peneroka tegar, malah untuk menguruskan ladang dan kebun sawit pun mereka sudah banyak bergantung kepada pewaris, orang luar atau pihak FELDA sendiri . Purata umur peneroka kini pula rata2 sudah di atas usia 50 tahun. Malah sebahagian besar ayahanda dan bonda kita peneroka FELDA telah pun kembali ke rahmatullah. Alfatihah buat mereka SANG PENEROKA, MEREKALAH PERINTIS, PEMBERANI, DAN SUKA CABARAN. inilah faktor kejayaan mereka dan FELDA.

3.Secara peribadi menurut saya, Inisiatif untuk setiap peneroka bersedekah dengan nilai RM300 bukanlah sesuatu yang sangat membebankan. Diharapkan dalam era FELDA yang sedang bangkit dalam proses pemulihan kini , setelah kita dilanda pelbagai Isu dan kemelut yang sangat kritikal, kita juga sedang berusaha dengan giat bersama2 pengurusan FELDA dan kerajaan dalam memulihkan FELDA. Dalam kita berusaha dan menyokong usaha ini secara bersama, maka alangkah elok dan baiknya kita mulakan langkah ini dengan mencari redha dan barakah dari Allah swt. , maka MENCARI KEBERKATAN ALLAH SWT dengan bermula dengan bersedekah ini patut kita patrikan di dalam hati2 kita semua warga FELDA . Semoga dengan keikhlasan kita menginfaqkan sebahagian harta kita buat kali pertama dalam PROGRAM SEDEKAH PERDANA WARGA FELDA yang akan di realisasikan pada ramadhan nanti inshallah akan menjadi detik permulaan bagi kita semua dalam mencari keredhaan Allah swt. Inilah salah satu penzahiran rasa kesyukuran kita menjadi sebahagian warga FELDA yang telah berjaya , yang dari awalnya kita bergelumang dengan sejuta cabaran, kepayahan dan kesulitan, kini kita telah jauh berubah menjadi yang lebih baik. Kita tidak perlu menunggu waktu senang atau kaya untuk bersedekah atau berinfaq, sejujurnya kita sebenarnya sudah layak untuk menjadi penyumbang terbesar buat kali pertama dalam sejarah negara bahawa komuniti FELDA akan menjadi penyumbang sedekah terbesar sempena ramadhan nanti . Semoga sedekah dan infaq kita ini pastinya akan memberi manfaat yang besar dan bermakna pula untuk mereka yang lain.

4. Perintah sedekah ini, banyak disebutkan di dalam Al quran dan hadist Rasulullah saw. Antaranya, Allah swt berfirman dalam Surah An-Nisa Ayat 114 yang bermaksud :

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan siapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah swt , tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”

Dalam surah Al Imran ayat 92 Allah swt berfirman yang bermaksud :
Artinya: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan (sebagian harta) yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Selain itu, ada juga hadist Nabi saw. mengenai sedekah.
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa bersedekah senilai satu biji kurma yang berasal dari mata pencaharian yang baik, dan Allah tidak akan menerima kecuali yang baik. Maka sesungguhnya Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara untuk pemiliknya sebagaimana seseorang di antara kalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah itu menjadi besar seperti gunung.

5.YB Pengerusi FELDA juga tidak pernah menyatakan atau mengeluarkan ARAHAN PAKSAAN bagi setiap 112,368 keluarga peneroka mengeluarkan sejumlah RM300 perkeluarga bagi menjayakan niat dan inisiatif mulia ini . Akan tetapi sebagai sebuah komuniti yang besar, tersusun, terstrukutur dan mempunyai kemampuan yang diyakini , maka atas keyakinan itulah YB Pengerusi FELDA mencadangkan supaya perkara ini dapat di realisasikan. Alangkah indahnya jika setiap warga peneroka secara bersama dan bersatu hati, atas semangat KEBERSAMAAN DAN KEBERSATUAN untuk bersama satu hati, satu niat, satu iktikad untuk pertama kalinya secara bersama menzahirkan rasa kesyukuran untuk membentuk satu tabung sedekah komuniti FELDA secara bersama yang akan di salurkan ke Majlis Agama Islam Negeri masing2 . Semoga TABUNG SEDEKAH DAN INFAQ FELDA ini bakal menjadi contoh terbaik dan satu kerja kebajikan TERBESAR yang pernah dilakukan warga peneroka FELDA yang pastinya akan menjadi sejarah dalam kesediaan 112,368 keluarga peneroka melakukan satu tindakan yang sangat bermanfaat yang besar buat semua pihak yang memerlukan. Janganlah dianggap cadangan ini sesuatu yang membebankan. Setelah setiap tahun warga FELDA menerima pelbagai bonus dan insentif, contohnya duit raya FELDA, apakata tahun ini, kita warga FELDA pula menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

6. Secara pribadi menurut saya TABUNG SEDEKAH FELDA ini adalah permulaan langkah mencari keredhaan dan keberkatan Allah swt. Langkah pelbagai kerajaan dan pengurusan FELDA dalam usaha penambahbaikan FELDA seperti pengambilalihan FGV dan pembaharuan dalam pengurusan FELDA diharapkan menjadi sinar baru kebangkitan semula FELDA untuk kembali ke landasan yang betul dan tepat. Inshallah dengan keredhaan Allah swt, FELDA akan kembali gah di persada antarabangsa seperti dulu.

Sekianlah pandangan ini saya sampaikan, saya doakan semoga TABUNG SEDEKAH DAN INFAQ FELDA ini bakal di realisasikan dan menjadi kenyataan , semoga langkah dan idea gagasan penubuhan tabung ini oleh YB Pengerusi FELDA mendapat kerjasama dan dukungan dari semua pihak terutama warga peneroka FELDA. Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan Allah swt.”

Sekian terima kasih
Wan Zawawi bin Wan Zain.

Sedekah bukan hanya wang ringgit – Uncle Kentang

KAF Sokong Usaha FELDA Ambik Semula “LOMBONG EMAS”

Leave a Reply