‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’ [Video]

 

Siapa tidak kenal dengan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa, yang semakin menerpa nama sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau turut dipilih menjadi duta bagi produk kecantikan yang terkenal di seluruh dunia.

Terbaru, penampilan Neelofa menjadi tanda tanya orang ramai apabila dia dilihat memuat naik beberapa keping foto berniqab.

Doakan saya – Neelofa

 

Dilihat semakin manis dan berseri-seri, rakan artis dan para peminat meninggalkan komen positif dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

‘Ya Allah syukur atas hidayah untuknya’

 

Malah, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini turut memuat naik momen dia memeluk Neelofa dengan erat sebaik melihat imej berniqab yang digayakan anaknya itu. Malah, dia meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah mengamatkan bidadari terindah untuknya.

‘Sebak tengok’

Di ruangan komen, para peminat turut memuji imej terbaru yang dibawa dan sentiasa menyokong perkara baik yang dilakukan selebriti popular tersebut.

Sumber: Noor Kartini , Neelofa , Harian Metro

Kredit: OHBulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker