Parti-parti Melayu perlu berjiwa besar dan bina kekuatan untuk bersatu

Share

Kuasa dan pengaruh Melayu-Islam perlu tetap dominan sekalipun gabungan politik memerlukan kesepakatan dengan parti bukan Islam. 

Bagaimanapun, sebaiknya, ahli politik Melayu membina dahulu kekuatan dan kesatuan supaya agenda memperkasakan kedudukan bangsa serta agama diutamakan.

Malangnya, kebanyakan parti Melayu di negara ini tidak berbuat demikian, mereka lebih cenderung mencari sokongan dan membentuk kesatuan dengan parti kaum lain. 

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, maslahah umat Islam adalah satu, dan persepakatan yang dilakukan dengan bukan Islam secara sendirian sebenarnya boleh ‘mencarik’ maslahah umat tanpa disedari.

Katanya, panduan dan syariat menunjukkan, apa jua pakatan dengan bukan Islam hendaklah dilakukan dalam kesepakatan perundingan sesama umat Islam dan bukan secara bersendirian oleh mana-mana badan.

Langkah pertama yang perlu diambil mulai PRU 15

“Badan-badan bukan Islam itu sendiri bersatu sesama mereka di belakang badan-badan sekutu Islam mereka.

“Lihatlah agenda sekolah vernakular, agenda UEC, isu RUU355 dan banyak lagi isu lain,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini. 

Sementara itu, mengulas mengenai kemelut politik yang timbul dalam kalangan parti-parti Melayu, Ustaz Fauzi berkata, mereka sepatutnya mengambil serius teguran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Katanya, amat penting ahli politik Melayu menyahut seruan berkenaan – hentikan ‘politicking’ dan ketepikan perbezaan serta perbalahan yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Suasana politik negara menjadi tidak menentu sejak beberapa bulan lalu, bukan hanya polemik yang dicetuskan dalam kalangan pembangkang – kononnya memperoleh majoriti kukuh bentuk Kerajaan Persekutuan – bahkan juga ‘kemelut’ di barisan kerajaan yang didominasi pemimpin Melayu, Islam.

Walaupun Agong sudah menitahkan semua ahli politik berhenti ‘politicking’, keadaan politik dilihat semakin rumit apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), didakwa menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam keadaan tidak menentu itu, parti tamak haloba, DAP juga mengambil kesempatan menawarkan kerjasama dengan Muhyiddin dengan syarat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meletakkan jawatan.

Pertikai Muhyiddin, tapi jangan sampai kuasa kembali jatuh ke tangan DAP

Leave a Reply