Langkah pertama yang perlu diambil mulai PRU 15

Di dalam mana-mana PRK yang terdekat adalah dengan meletakkan calon Melayu PN di semua kawasan Parlimen yang mempunyai lebih daripada 50% pengundi Melayu.
Kawasan-kawasan Parlimen seperti Alor Setar, Grik, Tanjong Malim, Alor Gajah, Segamat, Simpang Renggam, Tanjong Piai, Ayer Hitam, Kuantan dan seumpamanya yang terdiri daripada lebih 50% pengundi Melayu hendaklah diperuntukkan kepada calon Melayu daripada PN.
Amalan tolak ansur dengan rakan-rakan komponen BN bagi bertanding di kawasan Parlimen majoriti pengundi Melayu tidak perlu diteruskan lagi dalam keadaan perkembangan politik terkini.
Pembentukan Kerajaan PN adalah membina semula sebuah kerajaan dominasi Melayu Islam sebagai mewakili sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti Melayu Islam.
Asas sejarah politik hubungan kaum Melayu-kaum Cina yang sama berulang dalam politik Malaysia bahawa orang-orang Melayu akan kembali bersatu membentuk kerajaan dan bekerjasama apabila melihat kedudukan dan hak istimewa orang-orang Melayu memungkinkan akan menyebabkan kedudukan mereka terancam.
Asas kerjasama BERSATU-UMNO-PAS dilihat lebih kepada kerjasama parti-parti politik Melayu Islam.
Walaupun penulis juga tidak menafikan tentang percaturan kuasa politik yang berlaku pada akhir Februari 2020 adalah bagi membentuk dan proses mendapatkan kuasa, tetapi faktor agama-bangsa adalah salah satu faktor penting yang menjadi realiti yang tidak boleh diketepikan dalam percaturan politik di Malaysia.
Asas pergolakan politik dan proses kerjasama yang berlaku pada Februari 2020 mempunyai beberapa persamaan dengan semangat kerjasama orang-orang Melayu sewaktu menentang Malayan Union pada tahun 1946, kegagalan kerjasama politik antara AMCJA-PUTERA pada tahun 1940-an, kerjasama parti-parti politik Melayu pada tahun 1970-an (khususnya antara UMNO dan PAS selepas Peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada kerjasama PAS-UMNO dan pembentukan BN).
Perkembangan politik yang berlaku pada Februari 2020 juga mempunyai persamaan dengan perkembangan politik dan tindakan orang-orang Melayu yang berlaku sejak tahun-tahun awal selepas Perang Dunia Kedua seperti yang dinyatakan di atas.
Kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan runtuh sekiranya dominasi dan kedudukan orang-orang Melayu dalam kerajaan kuat, benar-benar terjamin dan diyakini oleh majoriti bangsa Melayu. PN yang terbentuk pada awal Mac 2020 tidak boleh lari daripada asas serta falsafah politik yang mempunyai matlamat dan asas dominasi Melayu Islam.
PROF. MADYA DR MOHD. NOOR YAZID

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker