Ahli TPC KL, penghuni Menara Pelangi, Brickfields positif Covid-19

TPC Kuala Lumpur menutup operasi selepas seorang ahlinya dijangkiti Covid-19.

PETALING JAYA: TPC Kuala Lumpur hari ini memaklumkan seorang ahli kelabnya dijangkiti Covid-19.

Dalam kenyataan hari ini, TPC yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur akan menutup operasinya hingga tarikh dimaklumkan bagi tujuan pembasmian kuman dan sanitasi.

“Dukacita dimaklumkan seorang ahli kami yang berkunjung ke TPC Kuala Lumpur pada 26 Oktober disahkan positif Covid-19.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berwajib dan sentiasa mengutamakan langkah keselamatan kepada ahli kami,” menurut kenyataan itu.



Sementara itu, pihak pengurusan Menara Pelangi, Brickfields mengesahkan seorang penghuninya yang bertugas sebagai tukang cuci di Hospital CVS, KL Sentral disahkan positif Covid-19.

“Beliau dipercayai seorang daripada kluster Sentral yang dilaporkan minggu lalu telah diasingkan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Seramai 4 lagi individu dipercayai kontak rapat dengan pesakit terbabit juga sudah menjalani ujian saringan di Hospital Tang Ling, Kuala Lumpur dan diarah menjalani kuarantin di unit kediaman mereka. Ujian ke-2 akan dijalankan pada hari ke-13,” menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut, pihak pengurusan juga sudah menjalankan aktiviti pembersihan nyahkuman di pintu utama, keseluruhan ruang Blok A dan kawasan awam lain.



“Petugas KKM juga akan berkunjung ke unit kediaman pesakit terbabit petang ini untuk tujuan sanitasi,” katanya.-FMT

2 kakitangan DBKL positif Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker