Api kemarahan akar umbi akan terus memuncak jika gesaan Umno tak dihormati, kata Najib · MYKMU.NET

Api kemarahan akar umbi akan terus memuncak jika gesaan Umno tak dihormati, kata Najib

Share

Najib Razak memberi amaran jika gesaan prinsip kerjasama secara saksama tidak dihormati rakan dalam Perikatan Nasional (PN), api kemarahan akar umbi Umno yang memuncak, ekoran ketidakseimbangan kerjasama dalam gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akan berterusan.

Malah, bekas perdana menteri itu juga membayangkan Umno akan turut terpalit sama jika ekonomi negara menjadi semakin parah walhal parti itu antara yang paling lantang menuntut lanjutan moratorium pinjaman.

“Umno juga akan turut menerima kritikan apabila langkah kontroversial seperti langkah beberapa individu tertentu tiba-tiba memohon darurat diisytiharkan tanpa persetujuan dan pengetahuan Umno.

“Umno dan Barisan Nasional (BN) turut dipersalahkan dengan presepsi layanan ‘dwi-standard’ antara pemimpin kerajaan PN dan rakyat yang langsung tidak melibatkan pemimpin BN pun,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Lebih teruk, Najib berkata Umno sudah tentu akan turut dipersalahkan jika keadaan Covid-19 tidak terkawal dan bertambah teruk walaupun banyak kes itu berpunca daripada kecuaian menjaga pusat tahanan, lokap dan penjara bawah kementerian bukan Umno.

“Inilah yang menyebabkan Covid-19 menular semula di Sabah dan kemudiannya merebak ke seluruh negara,” kata bekas presiden Umno itu.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap kuasa dan jawatan sementara yang dikongsi Umno/BN dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin akan menyebabkan kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Sedangkan trend sebelum kita bentuk kerajaan PN ialah Muafakat Nasional akan menang besar dalam PRU15. Malah kita sudah buktikan melalui kemenangan pilihan raya kecil berturut-turut BN sebelumnya.

“Umno perlu sedar wujudnya risiko ini dan ini yang saya nampak. Mungkin ramai yang tak berpendapat sebegini,” katanya.

Najib mengutarakan 3 cadangan dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno malam tadi, antaranya kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU15.

Dua cadangan lain adalah mendapat persetujuan untuk PRU diadakan pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan selepas Covid-19 terkawal demi memulihkan kestabilan politik, selain meneruskan kerjasama dengan PN dengan syarat Umno diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan hala tuju ekonomi. FMT

Pas, Bersatu jangan bertanding di Sarawak – Wan Junaidi

One thought on “Api kemarahan akar umbi akan terus memuncak jika gesaan Umno tak dihormati, kata Najib

  • October 30, 2020 at 19:24
    Permalink

    Ini pendangan bekas ahli pkr dri Sabah berhubung kenyataan Mat Sabu…mengatakan Azmin Ali pengkianat parti setlh kerajaan PH gagal menanuhi janji rakyat tdk sampai 3 thun…kenyataan Mat Sabu itu berniat tdk baik terhdp gesaan Beginda tuanku agar semua pihk jgn timbulkan isu sama sama menangeni penularan covid19 sehgga timpo ditetapkan olh berisan hadapan KKM.

    Reply

Leave a Reply