2 kakitangan DBKL positif Covid-19

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan 2 kakitangannya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Dua kakitangan itu masing-masing daripada Jabatan Perancangan Bandar (JPRB) yang beroperasi di tingkat 10 Menara DBKL 1 dan Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) yang bertempat di tingkat 26, Menara DBKL 3.

“Kes pertama merupakan kakitangan di JPRB. Beliau telah menjalani ‘swab test’ pada 9 Oktober kerana suami beliau adalah kontak kepada pesakit di tempat kerjanya (suami) di Sime Darby. Staf DBKL tersebut telah disahkan positif pada 12 Oktober bersama dengan anak-anak beliau. Staf berkenaan mempunyai tanda awal seperti sakit tekak sejak 5 Oktober dan hadir mesyuarat di Hotel Thistle, Johor Bahru dari 5 hingga 7 Oktober.

“Beliau kini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bersama ahli keluarga pada 12 Oktober untuk rawatan.

“Kes 2 merupakan kakitangan JKB. Beliau menjalani ‘swab test’ pada 12 Oktober di Klinik Kesihatan Cheras (KKC) kerana kontak positif dengan ahli keluarga.

Beliau disahkan positif pada 14 Oktober dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Beliau mengalami tanda selsema dan batuk 2 hingga 3 hari sebelumnya dan mendapat rawatan di klinik kakitangan DBKL pada 7 Oktober,” katanya.

Susulan itu, DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar melaksanakan operasi nyah kuman di lobi, lif, tingkat 3, 11,12 dan 13 Menara DBKL 1 serta lobi, lif, tingkat 26, 28 hingga 31 Menara DBKL 3.

Operasi nyah kuman turut dilaksanakan secara menyeluruh di Menara DBKL 1, 2 dan 3 mengikut jadual.

“Pihak jabatan berkaitan (JPRB) menghantar senarai nama kontak rapat kepada pesakit ke Pejabat Kesihatan Daerah Gombak pada 13 Oktober dan memanjangkan senarai tersebut ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) pada 14 Oktober.

“Pihak DBKL juga melaksanakan operasi nyahkuman secara menyeluruh di Menara DBKL 1, 2 dan 3 mengikut jadual,”katanya.

Katanya, operasi di ketiga-tiga Menara DBKL berjalan seperti biasa namun SOP ditetapkan oleh MKN dan KKM akan diperketatkan bagi menjamin keselamatan pengunjung dan kakitangan.

Sementara itu, Affin Bank Bhd memaklumkan seorang kakitangan di ibu pejabatnya, Menara Affin, di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, positif Covid-19 dan sedang dirawat di hospital.

Bank itu berkata, pihaknya melakukan pengesanan kontak terhadap kakitangan dan pihak lain yang mungkin berhubungan dengan kakitangan dijangkiti.

“Tindakan pencegahan sudah diambil oleh bank untuk mengurangkan risiko jangkitan pada kakitangan dan pelanggan,” katanya. FMT

Pasangan kekasih ditahan kes campak bayi dari tingkat 13 pangsapuri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker