COVID-19: KKM sudah menghubungi lapan calon vaksin

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), bekalan vaksin itu dijangka mula diperoleh pada suku pertama 2021, dengan keutamaan kepada petugas barisan hadapan, meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen.

“Kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan pihak COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mempunyai sembilan calon vaksin di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI).



“Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung COVID-19 Kementerian Kewangan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat semalam, khusus memastikan bekalan vaksin virus itu dapat diperoleh pada kadar segera.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Menurut kenyataan itu lagi, penubuhan jawatankuasa terbabit diyakini dapat membantu merancakkan kembali ekonomi negara.



“Objektif penubuhan JKJAV adalah untuk memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperoleh segera dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta KKM bertindak sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin COVID-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan.

“Mesyuarat berkenaan turut membabitkan penubuhan beberapa jawatankuasa kecil, mencakupi beberapa kementerian serta agensi berkaitan.

“Semua agensi dan kementerian terbabit mempunyai mandat tertentu, antaranya melaksanakan tugas berkaitan pemilihan, pendaftaran, kelulusan, pengimportan,

penstoran, logistik, pengangkutan, pengagihan dan pemberian vaksin.



“Empat jawatankuasa kecil itu adalah Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksin Yang Sesuai, Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin,Kewangan dan Perolehan serta Komunikasi, ,” kata kenyataan itu-BH

COVID-19: Sukarelawan maut, ujian vaksin di Brazil diteruskan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker