COVID-19: Sukarelawan maut, ujian vaksin di Brazil diteruskan

Share

UJIAN klinikal bagi vaksin yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford di Brazil tetap diteruskan biarpun selepas kematian seorang sukarelawan.

Universiti Oxford memaklumkan penilaian mendapati kematian sukarelawan itu tidak melibatkan isu keselamatan.

Difahamkan sukarelawan terlibat tidak menerima vaksin.

Sementara kumpulan kedua, disuntik dengan vaksin berlesen untuk merawat meningitis.

Ini bagi membolehkan saintis membuat perbandingan keputusan bagi mengetahui keberkesanan vaksin.

AstraZeneca, dalam pada itu, menegaskan telah mengikuti semua langkah yang diperlukan dalam hal ini.

Vaksin dibangunkan syarikat berkenaan melepasi ujian klinikal peringkat satu dan dua.

Sementara ujian klinikal peringkat ketiga kini dijalankan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Brazil dan India.

Ujian klinikal bulan lalu ditangguhkan selepas laporan berhubung kesan sampingan-Awani

Leave a Reply