Tular Tarian lelaki berentak Jawa bersama anak muridnya, “Bertuah anak muridnya…” [ VIDEO ]

Tarian memang seronok dilakukan apabila kita mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti tersebut. Setiap daripada kita pasti pernah menari tidak kiralah apa pun jenis tarian yang dilakukan sewaktu berada di zaman persekolahan mahupun di universiti termasuklah chicken dance. Meskipun kaku, tapi ternyata ia merupakan satu aktiviti yang menarik untuk dibuat bersama rakan-rakan sambil bergelak tawa.

Kelmarin, tular sebuah video di laman akaun Twitter @FareesAsrii dimana terdapat seorang lelaki yang kelihatan sedang menari bersama anak muridnya. Menerusi Tweet yang dimuat naik itu, lelaki terbabit telah berkata Ni aku kasi kau jawa pink, with my students“.



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=PErt3KPYD7o[/embedyt]

Berdasarkan rakaman itu, mereka telah menghasilkan tarian Blackpink menerusi sebuah lagu yang berjudul “Bukan Cinta Biasa” nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Walau bagaimanapun, genre lagu tersebut telah diubah menjadi sebuah rentak jawa. Lebih menyeronokkan apabila lenggokan pemuda terbabit bersama anak muridnya turut mencuri perhatian.

Rata-rata warga netizen berasa kagum setelah melihat video berkenaan di samping terdapat segelintir warganet yang turut memuji tarian yang dilakukan oleh mereka. “Yang bagusnya diorang ni, menari bukan just kat tiktok je. tapi sampai wakil Negeri Sembilan. I insecure nyah”, kata salah seorang pengguna Twitter yang memberikan komen di ruangan akaun terbabit.

Posting yang berdurasi selama 30 saat itu berjaya mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 31.4 ribu tontonan umum dalam masa lebih 24 jam setelah dimuat naik.



Huntung anak murid

 

“Wehh lembutnya…”



 

“Saya suka tenaga dalam video…”

Kredit: Himpunan Cerita Lawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker