Petua Merawat Selsema Dengan Berkesan

Jika kita mengalami selsema, pasti akan berasa tidak selesa. Malah, selsema boleh menular dan berjangkit dengan mudah melalui pelbagai cara. Contohnya, berkongsi minuman, berkongsi peralatan makan, batuk dan bersin.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada petua semula jadi yang boleh membantu merawat selsema sehingga sembuh. Nak tahu antara petuanya? Jom kita semak!

1. Perbanyakkan minum air putih

Air putih sememangnya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Ia juga mampu untuk mengatasi selsema. Pastikan anda minum air putih 8 gelas sehari untuk memastikan kerongkong anda bersih daripada kuman yang boleh menyebabkan selsema.

2. Rehat secukupnya

bright picture of beautiful sleeping woman

Untuk pengetahuan anda, keadaan tubuh yang penat boleh menyebabkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan selsema akan mudah menyerang pada ketika itu.

Jadi, jika anda sedang mengalami selsema, anda disarankan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya serta berhenti melakukan sebarang aktiviti luar. Berehatlah secukupnya sehingga sistem ketahanan tubuh anda kembali normal.

3. Minuman panas

Selain perbanyakkan minum air masak, anda juga disarankan minum teh panas, milo panas dan sebagainya. Ketika selsema, akan banyak cecair yang keluar melalui hingus, air ludah dan peluh.

Jadi, sebab itulah anda disarankan minum air panas untuk mengganti cecair tubuh yang hilang. Minuman panas boleh membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat, mencegah dehidrasi dan melegakan kerongkong yang terganggu. Selain itu, wap daripada air panas itu juga mampu mencairkan lendir.

4. Terapi wap

Kalau anda nak tahu, penguapan merupakan salah satu petua melegakan selsema secara tradisional. Caranya, masukkan air panas ke dalam besen, gunakan tuala besar untuk menutup kepala anda dan tempatkan muka anda tepat-tepat di atas besen tersebut.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, campurkan minyak kayu putih, halia atau kunyit. Anda juga boleh campurkan dengan Vicks. Wap selama 15 minit.

5. Madu dan halia

Ambil dua buku halia, kemudian kisarkan bersama air putih dan madu. Minum tiga kali sehari. Anda akan merasakan selsema anda beransur sembuh.

Selamat st mencuba. Elakkan tempat berdebu dan sentiasa amal kebersihan diri dan tempat sekitar.

Jangan lupa berdoa juga.

Semoga bermanfaat!

Terbukti Cara Rawatan Gout Secara Semulajadi Yang Paling Berkesan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker