Dituduh beli Vellfire: MB Kedah saman Mahfuz Omar, Dr Ismail Salleh



Sebaran :

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah ke atas dua pemimpin pembangkang yang mendakwa beliau membeli kenderaan itu untuk kegunaan peribadi.

Dua pemimpin pembangkang itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengakalan Kundor, Dr Ismail Salleh.

Muhammad Sanusi juga mengambil tindakan sama ke atas dua lagi individu lain yang tidak dimaklumkan nama mereka.



Menurut Muhammad Sanusi, pembelian kenderaan terbabit dibuat Jawatankuasa Perolehan Aset Syarikat Air Darul Aman (SADA) secara dalaman dan dilakukan mengikut had perbelanjaan ditetapkan.

Bakan, Muhammad Sanusi difahamkan pembelian kenderaan terbabit dilakukan bagi kegunaan bersama Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai kanan SADA.

“Saya telah melantik beberapa peguam untuk memulakan prosiding saman fitnah kepada beberapa pemimpin pembangkang berkaitan dengan tuduhan saya membeli kereta Vellfire.



“Saya telah melihat beberapa tulisan dan juga (siaran) Live Facebook pemimpin-pemimpin pembangkang yang bertaraf ikan jerung dan ikan bilis … semua ini akan termasuk dalam senarai yang akan saya tentukan,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mengunjungi ke Ibu Pejabat SADA bagi meneliti dokumen pembelian kenderaan terbabit dan berjumpa pengurusan syarikat utiliti berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi SADA berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang baru dibeli itu kini berada di Ibu Pejabat SADA.



Syarikat utiliti berkenaan turut membeli pelbagai aset seperti lori tangki dan pam air bagi kegunaan operasi.
Penjelasan ini, tegas Menteri Besar, perlu dibuat memandangkan terdapat tuduhan tidak berasas dilemparkan kepadanya berhubung dakwaan pemilikan kenderaan itu.

“Saya dituduh mengambil Toyota Vellfire ini di tol pada jam 2.30 pagi sedangkan saya tidak pernah melihat dan menaikinya sehingga kini.

“Saya hanya menggunakan dua kenderaan rasmi iaitu Volvo S90 dan Mercedez S320 yang dibeli bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini,” jelas beliau lagi.



Kenderaan MPV mewah itu dikatakan dibeli SADA pada harga RM345,000 dan memiliki spesifikasi tertinggi. Awani

MIC cakap dengan BN, tak sesuai cakap dengan PAS, kata Sanusi


Sebaran :


Leave a Reply