Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”

Apa yang dimaksudkan kertas putih ialah kerajaan mengemukakan laporan sesuatu secara khusus sebelum dilakukan penguatkuasaan undang-undang.

Apabila menerbitkan kertas putih ia cuba menilai reaksi pendapat awam dalam sesuatu isu, seterusnya membolehkan kerajaan mengukur impak dan kemungkinan kesannya terhadap institusi dan masyarakat yang peka terhadap sesuatu isu tersebut.

Dalam konteks Kertas Putih Felda, ia berupa dokumen terperinci yang dikemukakan bagi meneliti sesuatu isu yang diluluskan oleh kabinet dan kemudian dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum disebarkan kepada masyarakat awam.

Tujuannya ialah untuk memberikan kesedaran mengenai isu yang melanda negara dan mendapat perhatian rakyat dan juga di dewan rakyat bagi menggalakkan perbincangan yang sihat, penyebaran pengetahuan dan maklumat yang tepat serta memberikan perspektif yang menyeluruh.

Dalam audit forensik dikemukakan dalam Kertas Putih Felda, didapati konflik kepentingan wujud dalam melakarkan maklumat.  Perkara ini dapat dikesan apabila  ada diantara siasatan atau forensic yang dibentangkan  menggunakan perkataaan “kemungkinan“ “Jika ada” sekali gus menunjukkan bahyawa terdapatnya ketirisan fakta dan memaparkan maklumat yang bersifat rambang.

“Kemungkinan” adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang samar dan kurang pasti kejadiannya. “Jika ada” pula boleh merujuk kepada sesuatu yang tidak pasti sebagai contohnya, “kita mahu lakukan siasatan tolong ambil dokumen berkaitan ”Jika ada”. Seakan tuduhan dibuat tetapi tanpa bukti dokumentasi yang tidak pasti wujudnya.

Jadi apakah relevan satu laporan forensic dibentangkan  jika terdapatnya penggunaan perkataan tersebut yang bersifat seperti “agak-agak” sahaja?. Ianya amat jelas menunjukkan kebolehpercayaan terhadap ketulenan fakta yang boleh disangkal.

Laporan Kertas Putih juga telah mengenal pasti bahawa ketidakcekapan pembuat atau pengubal kertas putih ini dalam proses pengumpulan maklumat yang tepat untuk dijadikan sebagai bukti siasatan.

Terlalu banyak maklumat yang tidak dimasukkan serta tarikh serta tahun perkara yang berlaku.

KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker