Seluruh kepimpinan UMNO sambut baik saranan Presiden

 

Pemuda Umno menyambut baik keputusan pimpinan parti itu untuk melakukan “gencatan politik” dan memberi sepenuh tumpuan kepada agenda menangani Covid-19 serta membantu rakyat yang terkesan akibat virus itu.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah tiba masanya semua ahli politik melakukan gencatan politik atas nama perdamaian nasional bagi memikirkan penyelesaian terbaik untuk rakyat.

“Alhamdulillah, kepimpinan tertinggi Umno mendengar suara Pemuda (Umno) agar dilakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang ketika ini susah dan gelisah akibat hambatan ekonomi dan dampak negatif daripada pendamik.



Rombak Kabinet elak gencatan politik

“Sekali lagi Pemuda Umno menegaskan sudah tiba masanya semua ahli politik tidak kira parti mana sekalipun melakukan gencatan politik atas nama perdamaian nasional untuk memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Petang tadi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi petang tadi mengumumkan gencatan politik susulan Covid-19 dan menegaskan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Ahmad Zahid berkata, Umno juga mendukung kerajaan PN dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.

“Saya ingin menegaskan beberapa pendirian Umno seperti mana berikut, melakukan gencatan politik (political ceasefire) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

“(Juga) mendukung kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Parlimen bubar Disember ini, kini dalam pertimbangan Muhyiddin



Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Armand Azha Hanifah menyifatkan pengumuman Ahmad Zahid itu sebagai bukti parti itu berjiwa besar.

Oleh itu dia berharap agar pemimpin Umno di setiap peringkat menyambut baik keputusan Ahmad Zahid yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

“Dalam situasi hari ini semasa negara sedang berperang mengatasi pandemik Covid-19, tindakan kepimpinan Umno untuk fokus penyelesaian pandemik ini merupakan tindakan terbaik bagi semua pihak baik parti-parti politik mahupun rakyat.



“Saya harap seluruh kepimpinan Umno semua peringkat menyambut baik keputusan parti untuk kita semua bekerja keras membantu rakyat di kawasan masing-masing kerana sejak dahulu hingga kini, Umno konsisten dalam politik khidmat bakti pada rakyat,”

Dituduh beli Vellfire: MB Kedah saman Mahfuz Omar, Dr Ismail Salleh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker