KAF Sokong Usaha FELDA Ambik Semula “LOMBONG EMAS” · MYKMU.NET

KAF Sokong Usaha FELDA Ambik Semula “LOMBONG EMAS”

Share

PENEROKA FELDA BERHAK “DAPAT SEMULA” ASET MEREKA

Pengumuman yang dibuat Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh mengenai hasrat Felda mengambil alih semula ladang dari FGV mendapat sokongan pelbagai lapisan generasi Felda.

Sebuah NGO ‘KAMI ANAK FELDA’ (KAF) menyatakan sokongan terbuka pengumuman yang dibuat Idris Jusoh.

“kita sangat berhasrat melihat FGV kembali dimiliki Felda walau dengan apa cara sekalipun, terutamanya dengan peranan dan bantuan kerajaan. KAF tidak mahu lagi ada pihak pihak luar mahu mengambil peluang untuk memiliki kepentingan di FGV yang sememangnya asal dahulu “Lombong Emas” Felda dan warganya” – KAF

FELDA (KAF)

Baru-baru ini sebuah syarikat menyatakan hasrat untuk membeli sebahagian besar saham FGV sekaligus menjadi pemegang saham terbesar FGV. Bagaimanapun hasrat tersebut mendapat pelbagai pandangan yang tidak mahu kepentingan peneroka dijadikan taruhan meraih keuntungan.

FELDA

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut menggesa agar hasrat syarikat yang mahu menguasai saham FGV ditangguhkan sehingga kajian terperinci dilakukan. Beliau khuatir jika hasrat tersebut diteruskan akan membuka ruang kepada pihak luar menguasai FGV sekaligus meletakkan kepentingan peneroka Felda dalam situasi ‘tidak selesa’.

FELDA

Adalah menjadi harapan peneroka dan generasi Felda agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kira pandangan dan suara Peneroka serta generasi Felda yang mahu hak mereka dan bukannya sekadar memikirkan keuntungan yang bakal meletakkan peneroka, generasi serta aset Felda dalam dilemma.-MyTVOnline

Hari Felda : Generasi Baharu Perlu Martabat Legasi Felda

Leave a Reply