Covid-19: Hampir 4,000 kes baharu dikesan, 9 terkorban

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 melonjak kepada 3,934 kes baharu semalam berbanding 2,345 kes kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, ia membabitkan 3,927 kes penularan tempatan dan tujuh kes import.

Pada masa sama, sembilan kematian dilaporkan, termasuk dua kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).



Ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,604,670 kes dan 35,828 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 36,894 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 53 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 35,547 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 26 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,268 orang atau 3.4% dirawat di hospital.

Seramai 2,747 pesakit dilaporkan sudah sembuh.



Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal kepada 7,026 kluster, dengan 12 daripadanya masih aktif.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman



Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker