Niat Tidak Mahu Diganggu Tapi Penyelidik Dapati Mod Senyap Telefon Buat Tambah Stres

Niat Tidak Mahu Diganggu Tapi Penyelidik Dapati Mod Senyap Telefon Buat Tambah Stres

PERNAHKAH anda mengaktifkan telefon bimbit kepada mod senyap (silent) dan sentiasa memikirkan tentang terlepas panggilan, mesej teks dan notifikasi daripada media sosial?

Segelintir individu meletakkan telefon mereka pada mod senyap bagi mengelakkan daripada gangguan yang berterusan,

Tapi, penyelidik mendapati bahawa tindakan mengaktifkan mod senyap sebenarnya boleh meningkatkan tekanan.

Keadaan ini dinamakan sindrom Fomo (Fear of missing out) atau ‘ketakutan kehilangan’ terhadap sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan status terkini di media sosial.

Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.

Individu yang mendapati notifikasi tanpa henti daripada telefon pintar sebagai mengganggu cuba menyelesaikan masalah dengan mengaktifkan mod senyap pada telefon mereka.

Tetapi menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Computers in Human Behaviour, penyelidik tertanya-tanya sama ada mod senyap pada notifikasi membantu pengguna berasa kurang terganggu, atau lebih terganggu oleh pemikiran tentang apa yang mereka ‘terlepas’.

Sesetengah orang menukar kepada mod getaran selain mod senyap dan mod bunyi. – dpa

Berikut adalah teori-teori berkaitan dengan Fomo:

1. Menurut HealthDay, penyelidik mengumpul data daripada 138 pengguna iPhone di mana 42 peratus daripada mereka menggunakan iPhone dalam mod getaran, 8 peratus menggunakan telefon mereka dalam mod senyap, manakala selebihnya hanya mengekalkan mod bunyi selama empat hari berturut-turut.

2. Peserta melengkapkan tinjauan untuk melihat sama ada mereka mempunyai Fomo dan mempunyai alat masa skrin pada telefon mereka untuk memantau berapa banyak mereka telah menggunakan telefon.

3. Menurut Medical Daily, penyelidik mendapati mereka yang mempunyai telefon dalam mod senyap mempunyai kecenderungan untuk mengangkat telefon bagi menyemak mesej lebih kerap daripada mereka yang mempunyai telefon mereka dengan mod bunyi atau getaran.

4. Mereka juga menghabiskan banyak masa di media sosial berbanding mereka yang tidak meletakkan telefon dalam mod senyap. Ini terutama berlaku kepada mereka yang mengalami Fomo dan NtB (Need to Belong) atau harus memiliki.

Menurut penyelidik, penemuan mereka mencetuskan pandangan baharu untuk memahami hubungan antara notifikasi dan penggunaan telefon mudah alih, terutama bagaimana isyarat bunyi dan getaran meredakan ketidakpastian pengguna dan memenuhi kepuasan pemantauan maklumat, sosial dan alam sekitar mereka.

Jadi, apa yang boleh menjadi penyelesaian untuk mereka yang mengalami Fomo yang tinggi? Penyelidik mengesyorkan supaya menyesuaikan notifikasi anda.- Pennlive.com/Tribune News Service

Niat Tidak Mahu Diganggu Tapi Penyelidik Dapati Mod Senyap Telefon Buat Tambah Stres

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker