Lelaki meninggal dunia dipercayai tercekik tulang daging korban

Lelaki meninggal dunia dipercayai tercekik tulang daging korban

Seorang lelaki meninggal dunia selepas sesak nafas, dipercayai tercekik tulang daging korban di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jerteh, Terengganu.

Menurut kakak mangsa, Wan Suria Wan Ishak, 32, ketika kejadian adiknya, Wan Azlan Wan Ishak, 28, yang baru pulang dari kerja pada 5.15 petang, semalam sempat memanaskan singgang daging, sebelum makan.



“Jika diikutkan sebelum ini dia tidak pernah makan singgang daging lembu. Lauk kegemarannya ialah ayam. Dia juga tidak makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang ikan.

“Semalam arwah makan daging singgang, lalu tercekik,” katanya menurut Berita Harian.

Wan Suria berkata, ketika menjamah juadah itu Wan Azlan meronta-ronta meminta tolong memberitahu dia sesak nafas sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut dan disahkan meninggal dunia kira-kira 5.50 petang

“Saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya dan sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya.



Menurut Wan Suria, pemergian adiknya amat dirasai kerana Wan Azlan rapat dengan ahli keluarga serta disenangi semua kenalan.

“Pada hari raya kedua Aidiladha, ibu berkata jika Azlan tiada, pasti mereka sukar untuk melakukan aktiviti seharian kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga,” katanya reda dengan pemergian adiknya pada hari ketiga Aidiladha.

Wan Suria memaklumkan, jenazah adiknya selamat dikebumikan kira-kira 12 malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak. FMT

Lelaki meninggal dunia dipercayai tercekik tulang daging korban




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]



Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker