Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 8% tahun depan, kata Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga 8% pada 2021, menjadikannya antara negara Asia Timur yang mencatatkan kadar pertumbuhan paling pantas.

Beliau memberitahu Sidang Puncak Ekonomi Malaysia hari ini bahawa keadaan itu menjadikan negara ini sebuah platform menarik bagi firma untuk melabur dan memanfaatkannya di rantau sebelah sini.

“Selain itu, kita melihat syarikat Malaysia dalam sektor utama mengambil kesempatan ke atas peluang yang dibawa oleh perubahan trend yang berlaku, termasuk dalam produk dan peralatan kesihatan, elektrik dan elektronik, teknologi kewangan (fintech) dan e-dagang.

“Malaysia juga berjaya mewujudkan persekitaran perniagaan yang sihat dan disenaraikan pada kedudukan ke-12 daripada 190 ekonomi dalam laporan “Doing Business 2020” Bank Dunia, iaitu naik 3 anak tangga berbanding tahun lepas.



“Kita berharap untuk mengekalkan unjuran ini bagi memastikan pemulihan ekonomi yang berterusan. Melangkah ke depan, Malaysia akan memanfaatkan kekuatannya,” katanya dalam ucapan yang disampaikan secara maya.

Tengku Zafrul juga berkata, Belanjawan 2021 Putrajaya adalah berteraskan 4 prinsip utama, iaitu memeliharan kesejahteraan rakyat, memacu ekonomi, kehidupan mampan dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau berkata, kerajaan akan memberi perhatian kepada usaha menangani masalah pengecutan dan ketidaksetaraan pendapatan, selain jurang digital kumpulan berisiko, selain membangunkan modal insan melalui peningkatan kemahiran dan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Beliau juga berkata, Putrajaya akan memperbaiki perkhidmatan awam melalui pendigitalan dan kerjasama lebih baik antara masyarakat sivil, NGO dan agensi.



“Selagi vaksin Covid-19 tidak boleh didapati secara komersial, pandemik ini akan kekal sebagai ancaman ke atas pemulihan sosio-ekonomi, pembangunan dan pertumbuhan masa depan kita.

“Belanjawan 2021 akan datang merupakan masa sesuai bagi kerajaan untuk menimbangkan dan mengambil langkah lebih mampan bagi mengembangkan ekonomi dan membina ketahanan masa depan kita,” katanya. FMT

Tengku Zafrul ada hubungan keluarga dengan Muhyiddin?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker