Anwar nafi kaitan dengan syarikat senaraian awam sebelum hadap Agong

Anwar Ibrahim menafikan dakwaan mengaitkan dirinya dengan syarikat senaraian awam tertentu di Bursa Malaysia.

Ketua pembangkang itu berkata, dakwaan berkenaan palsu dan bertujuan menipu pembeli saham.

“Ini tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah beliau tidak memiliki saham dalam mana-mana syarikat senaraian awam.

“Saya meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar pasaran saham tidak dimanipulasi individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebarkan khabar palsu.”

Anwar, yang dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong esok atas dakwaan beliau mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, tidak memberikan butiran kepada khabar angin itu.

Jumaat lalu, The Edge Markets melaporkan Malayan United Industries Bhd (MUI) meraih minat pelabur dan muncul sebagai saham ke-2 paling aktif diniagakan pada dagangan awal.

Kaunter itu menyaksikan 228.66 juta saham diniagakan, dengan harga sahamnya meningkat 17.86% daripada 2.5 sen kepada 16.5 sen pada 11.13 pagi.

Laporan itu mendapati adik Anwar, Farizan, disenaraikan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif MUI. FMT

Muhyiddin sahkan DAP tiada kaitan dengan LTTE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker