Senarai lokasi terjejas Covid-19 (12 Oktober)

Berikut adalah lokasi dilaporkan terjejas Covid-19 hari ini dan telah disahkan.

Bagaimanapun, senarai ini tidak termasuk lokasi yang ditutup sementara menunggu keputusan ujian individu dalam siasatan.

Lokasi-lokasi ini juga telah disanitasi.

Sekiranya anda mengetahui lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 30 hari sebelum ini, sila lawati laman penjejak Covid-19 yang dibangunkan Kini News Lab.

Sekolah

SMK USJ 12, Subang Jaya
Seorang pelajar disahkan positif Covid-19 pada 9 Oktober.

Menurut Yang di-Pertua PIBG sekolah M Singam, kerja pembersihan dan nyahkuman dilakukan pada hari sama dan sekolah dijangka akan melakukannya sekali lagi dalam masa terdekat.

Sekolah itu pada masa ini ditutup sehingga 25 Oktober. Ia terletak dalam daerah Petaling yang diklasifikasi sebagai zon merah.

SM AU Keramat, Kuala Lumpur
Pengurusan sekolah dalam satu notis mengatakan sekolah ditutup sehingga 18 Oktober untuk kerja pembersihan dan nyahjangkitan.

Penutupan disahkan Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur ketika dihubungi hari ini. Ia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jika ada kes positif di sekolah itu.

Terdahulu, dilaporkan ada dua kes positif di Jalan AU 2A, Taman Seri Keramat.

Kediaman

Taman Ambar, Alor Setar dan Taman Tunku Putra, Kulim
Ada satu kes positif di kedua-dua taman ini, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di Facebook.

[Berita lanjut menyusul] Mk

Senarai lokasi terjejas Covid-19 (11 Okt)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker