Azis Jamman gelar Pemuda Pas dangkal, bodoh somboh tuduh Shafie

Share

Pemuda PAS dangkal, bodoh sombong tuduh Shafie sebab penularan Covid-19, kata Warisan

Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman menyelar dakwaan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi, yang menuduh Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai punca penularan Covid-19 di Sabah kerana membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Katanya, PRN tidak akan diadakan jika bukan kerana tindakan bekas ketua menteri, Musa Aman, yang mahu merampas kuasa daripada kerajaan negeri sebelum ini.

“Pertama sekali, peningkatan Covid-19 di negara ini termasuk di Sabah sepatutnya diselesaikan secara bersama oleh parti pemerintah dan pembangkang demi memastikan keselamatan rakyat keseluruhannya dapat dikembalikan.

“Bagaimanapun, kenyataan Nazir itu melampaui batas dan menunjukkan kedangkalan pemikiran serta sikap bodoh sombongnya kerana tidak melihat dari mana punca sebenar pergolakan politik Sabah.

“Keharmonian politik Sabah sebenarnya digugat oleh sikap tamakkan kuasa oleh Musa Aman dan dengan sokongan daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Adun di Sabah ditawarkan pelbagai ganjaran untuk melompat parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azis mendakwa, pelbagai ugutan turut dibuat terhadap Adun yang enggan menerima tawaran melompat parti termasuk memanipulasi mereka menggunakan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ugutan itu menyebabkan ramai Adun melompat menyokong Musa untuk mengambil alih kerajaan menerusi pintu belakang seperti yang berlaku di peringkat persekutuan, Johor, Melaka dan Kedah.

“Bagaimanapun, tindakan itu digagalkan selepas Yang Di-Pertua Negeri bersetuju membubarkan DUN untuk mengembalikan hak kepada rakyat memilih siapa kerajaan yang dimahukan,” katanya.

Terdahulu Nazir dalam kenyataannya berkata, isu penularan Covid-19 di Sabah boleh dielak jika Shafie tidak rakus mencuba nasib untuk kekal sebagai ketua menteri walaupun sudah hilang kepercayaan majoriti Adun.

“Sebaliknya, beliau memilih dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti melalui PRN.

“Akibatnya, kerajaan, negara dan rakyat menerima kesan cukup besar dengan kadar jangkitan Covid-19 yang meningkat secara mendadak berpunca daripada jangkitan yang dibawa pulang selepas kehangatan tempoh berkempen dan segala urusan di Sabah,” katanya. FMT

Aziz Jamman minta paderi doakan kemenangan Warisan dalam PRN Sabah

One thought on “Azis Jamman gelar Pemuda Pas dangkal, bodoh somboh tuduh Shafie

  • October 8, 2020 at 07:44
    Permalink

    Penularan covid19 semuanya berpunca dari kerakusan org politik merebut kuasa sehingga sanggup menggadai ksselamatan rakyat. X kira apa parti, org politik berfikir mcm politaik..!!!

    Reply

Leave a Reply