Covid-19 : 489 kes baru hari ini

Sebanyak 489 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini.

Sabah dan Kedah masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi dengan masing-masing 282 dan 153 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (20 kes), Pulau Pinang (7), Johor (6), Perak, Kuala Lumpur dan Terengganu (4), Sarawak (3), Pahang dan Putrajaya (2) dan Negeri Sembilan dengan satu kes.

Status terkini COVID-19 setakat 7 Oktober 2020

Jumlah discaj baru: 74
Jumlah kumulatif discaj: 10501 (75.04%)

Jumlah kes baru; 489
Jumlah kumulatif: 13993
Jumlah kes aktif: 3351

Kes tempatan:487 (467 WN, 20 BWN)
Kes import: 2 (1 WN, 1 BWN)

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 141 (1.01%)

Jumlah kes di ICU: 40
Pesakit intubated: 13

PECAHAN KES BAHARU (489)

SABAH-282
183 saringan komuniti
71 saringan bergejala
22 saringan kontak rapat kes positif
2 kluster Laut
2 saringan kemasukan ke hospital
1 saringan rujukan ke hospital
1 saringan pra-pembedahan
1 saringan tahanan

KEDAH-153
139 kluster Tembok
14 kluster Bah Sintok

SELANGOR-20
7 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi (termasuk 1 kluster Selasih)
4 kluster Jalan Meru
3 saringan bergejala
2 kluster Benteng PK
1 kluster Embun
1 saringan kontak rapat
1 saringan kendiri
1 import BWN tiba dari Maldives

P.PINANG-7
6 kluster Penjara Reman (kluster baharu)
1 saringan kontak rapat

JOHOR-6
5 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Selasih

PERAK-4
2 kluster Bah Puchong (kluster baharu)
1 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

TERENGGANU-4
2 saringan kontak rapat
1 kluster Bah Tanjung

KL-3
1 saringan masuk Sarawak
1 saringan pra-pembedahan
1 saringan pra-perkahwinan
1 import WN pulang dari India

SARAWAK-3
2 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan pintu masuk domestik

PAHANG-2
1 saringan sebelum ke luar negara
1 saringan pra-pembedahan

PUTRAJAYA-2
1 saringan kontak rapat
1 saringan kemasukan ke hospital

N.SEMBILAN-1
1 saringan pra pembedahan

KELANTAN-1
1 saringan kontak rapat

𝗗𝘂𝗮 𝗸𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂

𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗖𝗛𝗢𝗡𝗚
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Selangor iaitu di daerah Petaling dan di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13061, kes ke-13065 dan kes ke-13069) dikenal pasti positif COVID-19 pada 5 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Ketiga-tiga mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 2 lagi kes positif COVID-19 di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta dikenal pasti. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Sehingga 7 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 39 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

• Selangor (12 individu disaring):
o 3 kes dikesan positif COVID-19; dan
o 9 individu masih menunggu keputusan.
• Perak (27 individu disaring):
o 2 kes dikesan positif COVID-19; dan
o 25 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan masih dalam siasatan.

𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗡

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Timur Laut, Pulau
Pinang. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-13499) adalah merupakan kes kematian ke-141.

Beliau merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun yang telah dijumpai tidak sedarkan diri pada awal pagi 5 Oktober 2020 di dalam penjara dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.

Saringan COVID-19 yang dijalankan pada hari yang sama dikesan positif. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 6 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti pada 6 Oktober 2020. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Sehingga 7 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 286 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

• 7 kes dikesan positif COVID-19;
• 78 individu negatif; dan
• 201 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan masih dalam siasatan

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker