Kegagalan cubaan rampasan kuasa di Sabah oleh Warisan

Share

“Selepas PRN Sabah, WARISAN Plus mahu mengulangi cara ia membentuk kerajaan Sabah pada Mei 2018.

Salah satu tawaran terbaik WARISAN Plus adalah kepada Presiden sebuah parti GRS:

Seorang ahli politik menelefon Presiden itu dan menawarkan beliau jawatan Ketua Menteri dalam sebuah kerajaan campuran WARISAN Plus.

Presiden itu, yang meletakkan panggilan itu dalam mod speaker supaya orang lain boleh mendengar, menolak tawaran menggiurkan ini.

Tiada ahli politik yang bijak akan menerima tawaran ini.

Prn Sabah : Tangau dan UPKO tersungkur

Para pemimpin GRS sudah belajar daripada pengalaman UPKO. UPKO meninggalkan BN untuk menyokong penubuhan kerajaan WARISAN Plus pada Mei 2018.

Dalam PRN Sabah, para pengundi – khususnya mereka yang daripada masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) – menghukum UPKO di atas pengkhianatannya itu.

UPKO kalah di semua, melainkan satu, kerusi yang ditandinginya.”

Sumber: Philip Golingai, “Rumbling from the Sabah state election”, The Sunday Star, 4 Oktober 2020.

Leave a Reply