Prn Sabah : Tangau dan UPKO tersungkur

Beberapa pemimpin tertinggi Upko kalah berdasarkan angka tidak rasmi, termasuk Presiden Wilfred Madius Tangau.

Beliau tewas kepada calon PBS, Joniston Bangkuai.

Begitu juga Setiausaha Agung Nelson W Angang (Kuala Penyu), Bendahari Agung Laurentius Nayan Ambu (Tambunan), dan Ketua Pemuda Felix Joseph Saang (Telupid).

Pengundi Kadamaian bagaimanapun berpihak kepada Naib Presiden Ewon Benedick, yang menewaskan lawannya dari PBS, Demis Rumanti.



Pemimpin Warisan, Mohamaddin Ketapi, yang dikecam pelbagai pihak atas kenyataan berkait isu peristiwa pencerobohan Lahad Datu, terpilih sebagai wakil rakyat baharu bagi DUN Segama.

Dua gabungan besar iaitu Perikatan Nasional dan Warisan Plus terkulai di tangan ketua umum Usno, Pandikar Amin Mulia di Pintasan.

Seramai 10,867 pengundi di kawasan tersebut.

Angka tidak rasmi menunjukkan bekas speaker Dewan Rakyat ini menang menewaskan 5 pencabar lain termasuk Fairuz Renddan (PN) dan Mohd Safian Saludin (Warisan Plus).



Pengkhianatan UPKO masih menyakitkan, pemimpin PBS beritahu Tangau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker