#PrnSabah : Anifah Aman dan partinya tewas

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bung menewaskan Timbalan Wira Warisan yang juga calon parti itu, Mohd Ismail Ayub dan tiga lagi calon lain.

Selain itu, penyandang kerusi DUN Sulaman yang juga Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga mempertahankan kerusi itu dengan menewaskan calon Warisan dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Seorang lagi calon tumpuan di DUN Usukan iaitu bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak berjaya memenangi kerusi DUN tersebut berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Salleh menewaskan calon Warisan, Abdul Bahkrin Mohd Yusof dan Datu Mohd Nazruddin Datu Tigabelas daripada PCS.
Dalam pada itu, bekas Menteri Luar yang juga Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman tewas kepada calon Warisan, Dr Daud Yusof di DUN Bongawan.

Shafee Apdal nak tunjuk kuasa, dua jam saya tunggu luar pejabatnya – Anifah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker