Lengan saintis jadi ‘hidangan’ 5,000 nyamuk

Melbourne: Seorang Pakar Entomologi Universiti Melbourne, Australia sanggup membiarkan tangannya digigit ribuan nyamuk.

Beliau berbuat demikian demi menyempurnakan kajian berkaitan kaedah mencegah jangkitan demam denggi.

Oddity Central melaporkan Dr Perran Stott-Ross menjalankan kajian terhadap nyamuk sejak beberapa tahun lalu.



Kajiannya bertujuan mencari langkah berkesan bagi mengelak jangkitan daripada nyamuk Aedes yang menjadi pembawa virus denggi.

Sehubungan itu, dia menjadikan tangannya sebagai bahan uji kaji untuk memantau aktiviti nyamuk yang menghisap darah.

Beliau juga melakukan eksperimen berkenaan, sejak Mac lalu.

Menurutnya, dia mengakui gigitan itu menyakitkan tetapi perlu mengelak daripada menggaru.

“Kadangkala, gigitan itu amat menyakitkan jika terkena pada tempat tertentu, tetapi biasanya saya hanya rasa sedikit kerengsaan.



“Memang gatal, tetapi saya harus tahan menggaru terutama selepas digigit nyamuk,” katanya.

Dr Ross juga memuat naik gambar tangannya digigit 5,000 nyamuk betina.

“Kira-kira 5,000 nyamuk betina diberi makan darah dan 16 mililiter (ml) darah hilang,” ciapnya dalam salah satu gambar yang paling mendapat perhatian.

Ciapan gambar dimuat naik itu mengundang pertanyaan warganet yang mempersoalkan sama ada saintis berkenaan kebal terhadap kesakitan akibat gigitan nyamuk.



 

Covid19 belum reda, kes denggi pula meningkat tinggi.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker