Covid19 belum reda, kes denggi pula meningkat tinggi.

Share

Kes demam denggi dijangka meningkat

Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes demam denggi gelombang kedua bermula awal bulan ini hingga September ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangkaan itu berdasarkan aliran kes demam denggi sejak lima tahun lalu.

Katanya, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini, lebih banyak sektor ekonomi, aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan dan perniagaan bakal dibuka.

Katanya, kemungkinan kebanyakan tempat berkenaan sudah lama ditutup dan tiada pergerakan orang ramai secara tidak langsung menjadikannya berisiko sebagai tempat pembiakan nyamuk.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing, terutama tempat takungan air dan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

“Usaha membanteras nyamuk aedes dan demam denggi adalah tanggungjawab semua, seperti mana juga masyarakat berganding bahu memutuskan penularan jangkitan COVID-19,” katanya

BH

Leave a Reply