Zii Jia mulakan langkah positif, tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India

PEMAIN badminton profesional Malaysia, Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023, di sini hari ini.

Zii Jia yang kalah dalam set pertama berjaya untuk bangkit dan mengungguli dua set berikutnya dalam perlawanan yang berlangsung selama 63 minit, yang berakhir dengan keputusan 20-22, 21-19, 21-12 di gelanggang KD Jadhav Indoor Hall.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Zii Jia berkata, beliau gembira dengan kemenangan itu, yang menyusul selepas beliau mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia baru-baru ini.



“Saya sedang berusaha mengembalikan prestasi terbaik saya secepat mungkin,” kata pemain berumur 25 tahun itu, dan menambah sokongan peminat kepadanya di kejohanan Terbuka India itu amat menakjubkan.

Sementara itu beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya menewaskan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-15, 21-15 dalam masa 39 minit.

Untuk pusingan kedua esok, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dijadualkan bertemu dengan pemenang dalam perlawanan antara beregu Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov dan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren.

Sementara itu beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang terkandas dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia sebelum ini pula, berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah Ashwini Bhat-Shikha Gautam dengan 21-8, 21-11.



Dalam satu lagi saingan perseorangan lelaki, pemain negara Ng Tze Yong tumpas kepada pemain China, Li Shi Feng dengan 19-21, 14-21. – Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan



Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker