Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Share

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan ringkas oleh istana awal hari ini.

“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan pada jam 6 petang hari ini,” kata kiriman itu yang disahkan oleh seorang pegawai istana.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan secara khusus mengenai kenyataan tersebut.

Pegawai istana yang dihubungi juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai perkara itu.

Dipercayai kenyataan berkenaan mungkin berkaitan perkembangan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atau mengenai perkembangan terbaru politik di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu, setelah Seri Paduka mengadu tidak sihat.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa berjaya mendapat sokongan majoriti daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Presiden PKR itu berkata Seri Paduka juga telah berkenan untuk menerima beliau menghadap tetapi ditangguhkan berikutan masalah kesihatan. MK

Anwar Ada Majoriti: Tolak tindakan buta tuli, kata Muhyiddin

 

Bukan kali pertama Anwar dakwa dia ada majoriti – Mahathir

Leave a Reply